Thursday, July 30, 2009

tips utk diriku

Bagaimana meletakkan harta di tangan, bukan di hati? Sebagai seorang individu Muslim, kita ingin berjaya dalam kerangka Islam; boleh sahaja menjadi kaya tetapi dalam masa yang sama harta tersebut tidak bertapak di hati tetapi dikawal pada tangan sahaja. Kalau ia bertapak di hati, ia akan menyebabkan kita bimbang dan menggantikan Tuhan kepada harta. Nauzubillah. Bagaimana latihan untuk meletakkan harta, anak, pangkat dan segala-galanya selain Allah di tangan sahaja? Solat pada waktunya. Ramai yang tidak dapat solat pada waktunya kerana ada harta atau cabaran lain yang sudah menyelinap dalam hati. Ya Allah, tetapkanlah hati kami untuk mengingati dan mentaatiMu! P/S Tip ini bermanfaat? Forwardkan kan kepada rakan

No comments: