Article ini dipetik from majalah Anis (feb 2009) mari kita renungkan bersama dan adapt the gud suggestion given by the author Mohd.Rusdi Abdullah.
Manja @ Sayang!
ada antara kita yg suka untuk dimanjai, memanjakan atau buat2 manja. ada yg memberi alasan itu adalah satu tanda kita menyayangi seseorang. benar atau tidak, bergantung kepada interpretasi masing-masing. begitu juga dengan cara pelaksanaannya. namun, sifat manja tidak sama dengan sifat syg. sedar atau tidak, manja lebih banyak membawa kesan negative daripada positif!.
TERLALU MENGHARAP
Manja akan membuatkan diri kita terlalu mengharap pd bantuan. sehingga adakalanya kita tidak mampu berdikari langsung.apabila kita terlalu meminta ia akan menyusahkan orang lain. jika boleh kita mahu semuanya disediakan untuk kita. sepatutnya kita berdikari tanpa mengharapkan org lain melainkan untuk mendapatkan pandangan mereka.
KURANG MENGHARGAI
sikap atau sifat yg terlalu manja juga akan menjadikan diri kita kurang menghargai org lain. ini kerana apabila kita kesusahan, kita akan mencari bantuan, tetapi apabila kita berada dalam situasi yg agak selesa, kita mudah terlupa apa yg org lain korbankan untuk kita. tidak puas dengan apa yg ada menjadikan diri kita tidak menghargai apa yg org lain korbankan kepada kita. hanya sedikit permintaan semasa kita tidak ditunaikan, cepat sungguh kita menjatuhkan hukum menyatakan mereka tidak menyayangi kita lagi. sepatutnya kita patut melihat kembali jasa-jasa yg baik yg telah mereka berikan.
PENTINGKAN DIRI
sedar atau tidak, kita turut diajar utk mementingkan diri sendiri dek kerana terlalu manja. kita tidak memikirkan perasaan org lain. apa sahaja yg kita tuntut mesti dituruti. tidak mengambil kira sama ada rasional atau tidak permintaan kita itu.
TIDAK MEMBERI
apabila manja terlekat dihati, kita akan menutup hati kita utk menjadi seorang pemberi tetapi menjadi seorang yg asyik menerima. bagi kita, kita hanya perlu menerima dan bukan tugas kita untuk memberi. sukarnya utk memberikan pertolongan, ini kerana kita terlalu dimanjakan, semuanya disediakan membuatkan diri kita tidak lagi memberi apa yg sepatutnya dilakukan. memberi pertolongan memberi perhatian dan paling penting, memberikan kasih sayang telah kita halang dari diri kita. hakikatnya semakin usia meningkat semakin banyak kita perlu bertolak ansur. ini kerna kita menuju ke arah kematangan bukan kebudak-budakkan, lebih banyak kita memberi lebih banyak kasih sayang yg diperolihi.
SUKAR MEMAHAMI
dek kerana manja selalunya kita tidak memahami perasaan org lain, kita tidak mengambil kira apa yg kita lakukan akan menguris hati org lain atau tidak.
( apa yg me suka pasal article ini sebenarnya telah mengingatkan kan me, supaya tidak menjadi terlalu manja, me suka article ni tu lah pasal me suka nak share with all my friends who have time to read and digest it, we should change the negative part in our life and we should fix it and do not let our self become worst and worst, and xpernah berubah, kita xtau bila kita akan pergi.... )
No comments:
Post a Comment